Assalamualaikum,....
Minggu yang busy tahap dewa(
yo lah ngat)
Setelah berhempas-pulas bersama semua rakan-rakan seperjuangan, maka sempurnalah sudah satu majlis yang memberi sedikit tekanan buat tuan blog selama beberapa minggu....Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid 2013...memang meriah dan banyak pengalaman baru yang dikutip. tapi gambo satu pon tarak...tak sempat langsung nak mengsnap sekeping dua gambo...
Pertama, tahu bagaimana
deal dengan beberapa Ustaz dan Ustazah (
tak ler ramai ngat)..namun apa yang boleh dikatakan ialah, apabila kita berurusan adalah lebih baik memudahkan semua pihak...tak perlu nak kusutkan keadaaan...sebagai tuan rumah KAMI (
sebab semua kengkawan I pon terlibat jugak) cubalah untuk memenuhi semua permintaan dan jugak hasrat murni mereka ni....Alhamdulillah dengan sedikit urat leher yang tegang dan mata yang semakin bulat kerana sudey sedia bulat ni, maka semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya....huuuuuhhhhh.....nafas kuat macam gajah dilepaskan selepas majlis...dah ler lepas penutup tu hujan...ase nak mandi ujan jer waktu tu...nasib keayuan dan kejelitaan masih kurang teserlah...kalu tidak harussss ada yang masuk paper dengan tajuk besar "GELAGAT SELEPAS MAJLIS MTQ...."
Kedua, haruslah diingat supaya berkali-kali semak pesanan seperti katering agar tidak berlaku salah paham kerana dalam keadaan ini semua pihak berada dalam tekanan tahap nak naik ke bulan...dan paling penting haruslah ingat bukan sahaja kita ni nak cari untung dunia semata-mata...untung DI SANA yang lebih perlu diutama....molot pon kene jaga kerana sekarang ni kerana Allah banyak bayar cash tau...eh sekolah bayar cash ke bayar guna LPO????hahahhaha...sekadar ingatan ekkk...untuk diri sendiri juge....
balik umah kaki tangan semua ase nak tercabut....tapi jiwa tenang keranan tugas dah selesai...lepaih ni kite tunggu ape pula menyusul...
Buat semua kengkawan...terima kasih ku ucapkan di atas semua kerjasama dan juga hubungan erat yang kita ade memudahkan urusan kiter...semoga silaturrahim kekal selamenye...(
cam sedey la pulak ucapan ni....haruskah????)